Ini Antara Sebab Kenapa Kucing Anda Mengeow Waktu Anda Lena Tidur

Buat mereka yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah, pasti anda pernah berhadapan dengan keadaan bila mana kucing anda membuat bising pada waktu malam hingga menggangu waktu tidur.

ini antara sebab kenapa kucing anda mengeow waktu anda lena tidur

Mungkin mudah jika kita faham apa yang cuba disebut oleh kucing, namun kita terbatas dek kerana perbezaan bahasa.

.

Jadi apa yang sebenarnya cuba disampaikan kucing anda pada waktu tengah malam ketika anda sedang nyenyak tidur?

ini antara sebab kenapa kucing anda mengeow waktu anda lena tidur

Menurut portal Verst.com, terdapat beberapa sebab yang membuatkan kucing menghasilkan bunyi bising pada waktu malam.

.

1. Kucing anda sedang berseronok selepas puas mereka tidur pada siang hari.

2. Kucing anda sedang dalam tekanan. Mungkin kerana ada haiwan peliharaan baru, kurang sumber, kurang perhatian, dan lain-lain.

3. Kucing anda sedang menyatakan keinginan atau kemahuannya seperti mahu makan, mahu minum, mahu buang air kecil atau besar, dan mungkin mahu digarukan leher atau belakang telinga mereka.

4. Kucing anda sedang bermimpi membuatkan ia menghasilkan bunyi aneh ketika tidur.

5. Kucing anda sedang mahu mengawan (on heat/kitaran haba).

6. Mungkin mengalami sindrom disfungsi kognitif yang mana membuatkan kucing menjadi pelupa/nyanyuk.

.

Kucing yang mempunyai tanda-tanda di atas sering menunjukkan ciri-ciri vokalisasi dan menghasilkan suara yang kuat khasnya pada waktu malam.

.

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN