Pernah tak ketika anda sedang memandu di atas lebuhraya, tiba-tiba sahaja jalan menjadi sesak disebabkan beberapa lori yang memandu perlahan dan menghalang kesemua lorong dihadapan?
Situasi ini sebenarnya adalah satu prosedur biasa dalam menyelenggara lebuhraya.
Dikenali sebagai safety vehicle, ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan pekerja penyelenggaraan PLUS Malaysia bersama rakan penyelenggaran iaitu UEM Edgenta bagi tujuan penutupan jalan.
Tujuan kenderaan ini menghalang kesemua lorong di lebuhraya adalah bagi membolehkan pekerja penyelenggaraan mengalihkan sebarang objek asing yang ada diatas jalan, seperti tayar pecah, kayu, bangkai haiwan, batu, dan lain-lain. Objek-objek ini perlu dialihkan demi keselamatan pengguna lebuhraya. Memandangkan juga lebuhraya PLUS mempunyai antara 2 hingga 7 lorong di sesetengah tempat, ia adalah mustahil untuk petugas/pekerja lebuhraya melakukan kerja menyelenggara dalam keadaan trafik yang tinggi.
Safety vehicle atau disebut juga shadow vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuhraya secara berperingkat, bermula dari lorong kiri sehingga ke lorong kanan, hingga kenderaan SV berada disetiap lorong.
Petugas SV ini akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20km/j dan kadangkala akan berhenti diatas lebuhraya. Pengguna lebuhraya yang berada dibelakang kenderaan SV ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan SV dan pastikan jarak selamat dari kenderaan SV.
Sumber: Tiktok @pandulaju