Ini Sebab Kenapa Tak Sesuai Bawa Bayi Dalam Wayang

Sejak kelonggaran diberikan selepas hampir dua tahun terkurung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai antara kita tidak lepaskan peluang untuk menonton wayang bersama keluarga tercinta.

ini sebab kenapa tak sesuai bawa bayi dalam wayang

Namun disebalik keseronokan menonton wayang ini, ada beberapa perkara yang mungkin agak menjengkelkan penonton lain dan salah satu daripadanya adalah teriakan bayi kecil sedang menangis.

.

Bayangkan anda sedang menikmati babak daripada filem yang anda tonton itu, namun bunyinya tenggelam dek kerana ada ibu dan bapa yang membawa bayi kecil sedang menangis ke dalam panggung wayang.

ini sebab kenapa tak sesuai bawa bayi dalam wayang

Tiada salahnya membawa bayi atau anak kecil bersama, namun ‘common sense’ sesama semua penonton dalam panggung wayang itu perlulah kita jaga. Mungkin ketika mereka sedang menangis, salah seorang ibu dan bapa perlulah membawa mereka keluar dan tenangkan mereka terlebih dahulu tanpa menggangu penonton lain.

.

Menurut hantaran Dr Ahmad Firdaus, ada beberapa sebab kenapa ibu dan bapa tidak digalakkan untuk membawa bayi ke dalam wayang.

.

1. Bunyi kuat dalam wayang boleh membawa kerosakan kepada pendengaran bayi.

2. Suhu sejuk dalam wayang boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia.

3. Bayi terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara dengan lebih mudah apabila berada dalam pawagam.

4. Bayi yang menangis berterusan dalam wayang menggangu tumpuan penonton lain.

.

Ibu dan bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan untuk tidak membawa mereka bersama ke dalam pawagam. Bergilir-gilir untuk menjaga mereka atau dapatkan khidmat penjaga untuk ‘me time’ anda dan pasangan.

.

Sumber: [1]