Ini Mungkin Sebab Kenapa Ada Orang Benci Dengar Rakaman Suara Sendiri

Cuba rakamkan suara anda, dan dengarkan kembali rakaman tersebut. Mungkin tak semua orang akan suka untuk dengar suara mereka sendiri.

ini mungkin sebab kenapa ada orang benci dengar rakaman suara sendiri

Kenapa ini terjadi?

Saat suara sendiri daripada pita rakaman masuk ke dalam gegendang telinga dan diproses dalam otak, pita suara kita juga akan turut bergetar, menyebabkan getaran kecil pada tengkorak. Ruang rongga akustik kepala kita menurunkan frekuensi getaran ini, sebelum dikirim ke sistem pendengaran, dan di proses juga dalam otak.

 

Akibatnya, otak kita menterjemah bunyi daripada 2 sumber berbeza saat kita mendengar suara kita sendiri.

 

Dalam kajian lain menyatakan bahawa kita lebih suka hal yang sudah biasa berbanding sesuatu yang masih asing. Mendengar suara sendiri adalah suatu yang asing buat kebanyakkan orang, justeru menyebabkan kita rasa benci bila dengar suara sendiri.

 

Sumber: Science Alert Washington Post / Mental Floss