Sarawak Kini Negeri Pertama Di Malaysia Berjaya Vaksin Lebih 80% Penduduk Dewasa

Sarawak berjaya memecah rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang berjaya memvaksin lebih 80% populasi dewasanya setakat Isnin lalu.

sarawak kini negeri pertama di malaysia berjaya vaksin lebih 80% penduduk dewasa

Menerusi kemas kini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat Isnin lalu, seramai 81.5% populasi dewasa di negeri terbabit telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

Rekod tersebut sekali gus meningkatkan jumlah populasi keseluruhan yang divaksin kepada 59.1%.

Pencapaian tersebut juga meletakkan kedudukan Sarawak bersama-sama dua lagi Wilayah Persekutuan, iaitu Labuan dan Kuala Lumpur yang telah memvaksin lebih 80% populasi dewasa, sekali gus meletakkannya di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok dalam Ogos.

Dalam pada itu, Labuan setakat Isnin lalu, telah memvaksin 89.3% populasi dewasanya yang mewakili 61.4% daripada keseluruhan penduduknya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN