Sarawak Catat Lebih 3k Kes COVID-19, Pakar Jelaskan Ia Tidak Melibatkan Jangkitan Serius

Semalam, Sarawak melaporkan kes COVID-19 tertinggi di Malaysia dengan angka positif melebihi 3,000.

sarawak catat lebih 3k kes covid-19, pakar jelaskan ia tidak melibatkan jangkitan serius

Penularan wabak itu bagaimanapun dilaporkan tidak melibatkan kes serius.

Kongsi Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Malina Osman, situasi jangkitan di Sarawak juga jauh lebih baik berbanding negeri lain kerana sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan bergejala ringan.

“Kita perlu memahami dari sudut kesemua aspek dan tidak hanya bergantung kepada angka kes positif semata-mata.

“Situasi di Sarawak kita difahamkan saringan dibuat secara meluas dan bukan hanya tertumpu pada kontak rapat,” ujarnya.

Lanjutnya lagi, keadaan di negeri terbabit juga memberikan gambaran kepada fasa endemik yang bakal dilalui rakyat Malaysia.

Terdahulu, Sarawak berjaya mencapai liputan imunisasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan penduduk dewasa yang layak iaitu 86.7% bagi dos pertama dan 66.6% dos kedua setakat Julai lalu.

 

Sumber: [1]