Saran Dos Penggalak Kedua Pada Penduduk Eropah 60 Tahun Ke Atas

Semua penduduk berusia lebih 60 tahun ke atas telah disarankan untuk mengambil dos penggalak kedua COVID-19 susulan daripada peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital khususnya di Eropah.

saran dos penggalak kedua pada penduduk eropah 60 tahun ke atas

Saranan itu turut melibatkan mereka yang menghidap penyakit kronik dan mereka yang mudah terdedah kepada virus COVID-19.

.

Saranan terbaru ini dijangka memudahkan kerajaan untuk mempercepatkan program vaksinasi di negara masing-masing pada benua berkenaan.

.

“Buat masa ini, kami sedang memantau kenaikan kadar kes Covid-19 dan trend meningkat bagi kemasukan ke hospital serta unit rawatan rapi (ICU) di beberapa negara.

“Ia sebahagian besarnya didorong oleh subvarian BA.5 bagi varian Omicron,” kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) , Andrea Ammon.

saran dos penggalak kedua pada penduduk eropah 60 tahun ke atas

Menurut Andrea lagi, dos penggalak kedua kepada warga emas dapat mencegah angka kemasukan ke hospital dan juga kematian.

.

Bagaimanapun ECDC berkata buat masa ini tiada bukti meyakinkan bagi menyarankan pemberian dos penggalak kedua kepada individu berusia bawah 60 tahun yang tidak mempunyai risiko bagi jangkitan teruk. Vaksinasi sedia ada juga didapati masih menawarkan perlindungan mencukupi meskipun virus COVID-19 telah bermutasi.

.

Sumber: [1]