Sambut Ramadan Dua Kali Setahun Pada 2030 dan 2063

Umat Islam seluruh dunia bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan sebanyak dua kali setahun pada 2030 dan 2063.

sambut ramadan dua kali setahun pada 2030 dan 2063

Menurut seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq berkata, pada tahun 2030 bulan Ramadan akan disambut sekitar 5 Januari dan 26 Disember.

.

Ia berikutan fakta kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan sementara kalendar Gregorian pula berdasarkan laluan Bumi mengelilingi matahari.

sambut ramadan dua kali setahun pada 2030 dan 2063

Disebabkan perbezaan dua kalendar ini maka Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar Gregorian.

.

Sebelum ini umat Islam pernah mengalami peristiwa serupa pada 1965 dan 1997.

sambut ramadan dua kali setahun pada 2030 dan 2063

Kalendar Gregorian mempunyai 365 hari setahun, manakala kalendar Hijrah pula mempunyai 354 atau 355 hari. Ia bermaksud, Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapkan satu pusingan.

.

Sumber: [1]