Bermula 1 Februari 2022 ini, penonton muda Astro boleh menikmati rancangan kesukaan dan popular seperti CoComelon, Little Baby Bum, Blippi, ARPO, dan lebih lagi di saluran baharu Moonbug Kids menerusi Saluran 618, Astro GO dan On Demand.
Semua pelanggan juga boleh menikmati tayangan pratonton Moonbug Kids di Saluran 620 dari sekarang hingga 31 Januari 2022.
Agnes Rozario selaku Pengarah Kandungan, Astro berkata, “Astro gembira menawarkan saluran Moonbug Kids, untuk pelanggan kami terutamanya ibu bapa dan kanak-kanak untuk menikmati hiburan seisi keluarga yang terbaik.
“Keluarga-keluarga yang mementingkan pengalaman menonton yang berkualiti tinggi dan selamat untuk seisi keluarga kini boleh menonton siri-siri popular seperti CoComelon, Blippi, Little Baby Bum dan lebih lagi, yang akan menyertai hiburan kanak-kanak kami di skrin besar dan di alat peranti melalui Astro GO.”
Moonbug Kids (Saluran 618) bakal menggantikan BabyTV dari 1 Februari 2022 dan akan tersedia dalam ‘Kids Pack’ baharu Astro bersama TA-DAA! (Saluran 612), Cartoon Network (Saluran 615), Nickelodeon (Saluran 616), Nick Jr. (Saluran 617) dan Boomerang (Saluran 619).
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Astro di platform media sosial.