Salah Ke-3 Terpantas !

salah ke-3 terpantas !

Rasanya tak ada peminat bola sepak yang tak kenal dengan Mohamed Salah, lagi-lagi penyokong Liverpool kan?

Gila tak kenal? Salah berjaya bantu Liverpool julang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun kot tahun lepas. Belum kira menang Liga Juara-Juara lagi.

Salah sekali lagi tarik perhatian pada aksi EPL berdepan Everton semalam walaupun perlawanan berkesudahan seri 2 sama.

salah ke-3 terpantas !

Pemain kelahiran Mesir itu jaringkan gol ke-2 The Reds pada perlawanan tersebut yang merupakan gol ke-100 nya untuk Liverpool.

Tahukah anda dengan gol itu, Salah merupakan pemain Liverpool ke-3 terpantas untuk jaringkan 100 gol?

Haa, Salah hanya perlukan 159 perlawanan je tau untuk dapat 100 gol.

Dia kini mengatasi rekod beberapa legenda Liverpool termasuk Robbie Fowler, Ian Rush dan Micheal Owen.

Pemain terpantas Liverpool yang jaringkan 100 gol ialah Roger Hunt yang melakukannya dalam 144 perlawanan manakala Jack Parkinson kedua dengan 153 perlawanan.

 

 

 

Salah juga merupakan pemain Liverpool ke-17 berjaya meraih pencapaian ini dan yang pertama sejak Steven Gerrard melakukannya pada 2008.

Bukan main-main Salah ni!

Ada satu lagi rekod yang dicipta pada aksi Merseyside Derby ni, tapi pemain Everton la.

 

salah ke-3 terpantas !

Penyerang The Toffees, Dominic Calvert-Lewin muncul penyelamat apabila jaringkan gol penyamaan kira-kira 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Gol itu menyaksikan Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol dalam 5 perlawanan liga berturut-turut untuk Everton - kali pertama berlaku sejak 1938.

Calvert-Lewin juga muncul pemain dengan gol terbanyak saingan 5 liga teratas Eropah buat masa ini dengan 10 gol dalam 7 perlawanan untuk semua kejohanan.

Haa, korang tengok tak perlawanan ni? Banyak drama tau!

Kalau tak tengok, boleh tengok kat sini 

Oleh : Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN