Salah Sikat Boleh Buat Rambut Rosak! Jom Semak Cara Betul Disini

Mungkin ramai yang tidak mengambil peduli tentang cara sikat rambut kerana menyangka ia hanya perlu dilakukan dengan gaya bersahaja.

salah sikat boleh buat rambut rosak! jom semak cara betul disini

Namun tahukah anda, rambut anda boleh menjadi rosak dan semakin menipis jika anda salah cara menyikat atau menyisir rambut!

 

Menurut Pakar Penggayaan Rambut Vincent De Marco, ada banyak manfaat jika anda tahu cara sikat rambut yang betul dan ia bukan hanya mitos atau plasebo.

 

Selain bertujuan menggayakan rambut dengan trend atau fesyen terkini, kaedah yang betul ketika menyikat rambut boleh mengelakkan masalah keguguran atau kebotakan rambut daripada terjadi.

 

Jadi bagaimanakah caranya?

salah sikat boleh buat rambut rosak! jom semak cara betul disini

Menurut  American Academy of Dermatology, anda tidak boleh menyikat rambut anda lebih daripada 100 kali sikatan dalam masa sehari atau ia akan mudah rosak.

 

Sebaiknya, anda hanya perlu menyikat rambut 2 kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan malam dengan lembut dan betul.

 

Rambut jenis lurus perlu menggunakan sikat gigi rapat, manakala rambut kerinting pula boleh menggunakan sikat gigi yang jarang.

 

Jika rambut anda sedang basah, maka ia sedang berada dalam keadaan rapuh dan mudah rosak. Berikut adalah cara menyikat rambut ketika rambut sedang basah:

#1 Guna hujung sikat untuk menyisir hujung rambut anda.

#2 Sikat dengan lembut pada rambut yang sedang kusut.

#3 Susun rambut dengan hujung jari untuk hurai kekusutan.

#4 Sapu pelembut, minyak atau gel untuk melicinkan rambut.

#5 Ulang proses ini sehingga rambut anda sudah sempurna.

salah sikat boleh buat rambut rosak! jom semak cara betul disini

Bagi rambut yang kering pula, ia cenderung untuk bersimpul, bercabang atau serabut jika anda salah cara sikat. Berikut cara menyikat rambut ketika rambut kering:

#1 Mula sikat dari tengah rambut ke hujung helai rambut.

#2 Naik 1 ke 2 inci daripada tempat anda mula sikat.

#3 Sisir sehingga kekusutan rambut sudah terhurai.

#4 Terus sikat rambut sehingga sampai ke kulit kepala.

#5 Ulang proses ini sehingga rambut anda sudah sempurna.

 

Dengan cara ini, kulit kepala anda lebih sihat, membuang rambut yang rosak setiap hari, dan menyearkan minyak pada folikel rambut dengan rata.

 

Bagaimanapun, terdapat beberapa sebab yang mendorong kepada masalah rambut gugur, seperti berikut:

salah sikat boleh buat rambut rosak! jom semak cara betul disini

Rujuklah kepada doktor atau pakar rambut bagi merawat masalah pada rambut anda sebelum ia melarat.

 

Sumber: Hello Doktor