Saintis Yang Temu Virus HIV, Luc Montagnier Meninggal Dunia

Ahli virologi Perancis, Luc Montagnier yang pernah merangkul Hadiah Nobel pada 2008 kerana menemui virus HIV, dilaporkan meninggal dunia pada usia 89 tahun pada Selasa di Hospital Amerika, Paris.

saintis yang temu virus hiv, luc montagnier meninggal dunia

Pada 1983, Montagnier mengetuai pasukan yang mengenal pasti virus HIV, iaitu penyebab utama AIDS.

Penemuan itu membawa kepadanya berkongsi Hadiah Nobel dalam bidang perubatan bersama rakan Francoise Barre-Sinoussi pada 2008.

Montagnier dilahirkan pada 1932 di Chabris, sebuah kampung kecil di Perancis.

Memetik dari laman web rasmi Hadiah Nobel, beliau mula mempelajari ilmu perubatan di Poitiers dan Paris.

Pada 1960, mendiang pernah menyertai Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CNRS) sebelum dilantik sebagai ketua Jabatan Virologi di Institut Pasteur pada 1972.

Pada 1983 pula, mendiang bersama Barre-Sinoussi mengetuai pasukan di Institut Pasteur yang menemui virus HIV dan seterusnya menjelaskan bagaimana ia menjadi punca penyakit AIDS.


Sumber: [1]