Saintis Yang Cipta AstraZeneca Terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022

Saintis yang menjadi tulang belakang kepada tercetusnya vaksin COVID-19, AstraZeneca, Profesor Sarah Gilbert dan organisasi kesihatan, Pakatan Vaksin Global (GAVI) diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Sunhak 2022.

saintis yang cipta terima hadiah keamanan sunhak 2022

Ahli Jawatankuasa Yayasan Anugerah Keamanan Sunhak, Dr Yun Young-ho berkata, pengiktirafan itu diberikan atas sumbangan signifikan oleh mereka yang membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.

“Apabila kita melihat hasil kerja Profesor Sarah Gilbert, beliau telah melakukan kajian terhadap vaksin AstraZeneca dan menyediakan pada harga asas tanpa sebarang keuntungan supaya semua orang boleh mendapatkannya.

“Beliau faham vaksin adalah hak asasi manusia. Begitu juga dengan GAVI.

"Organisasi ini telah melakukan usaha yang hebat untuk menyediakan vaksin kepada negara yang memerlukan,” kata Dr Yung Young Ho.

 

Sumber: [1]