Alat Sembur Hidung Cegah COVID-19 Kini Dicipta Saintis Thailand

Alat semburan hidung yang akan digunakan bagi mencegah COVID-19 dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini oleh saintis dan penyelidik di Thailand.

alat sembur hidung cegah covid-19 kini dicipta saintis thailand

Menurut jurucakap Kementerian Luar Thailand, alat itu dibangunkan hasil kerjasama Universiti Chulalongkorn, Universiti Silpakorn, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan sebuah syarikat biosains swasta.

 

Menurutnya, penyelidikan dan pembangunan alat itu sudah bermula sejak pandemik melanda dua tahun lepas dan kini prototaip antibodi untuk alat itu sudahpun diperoleh dan akan dipatentakan.

 

"Kini, teknologi itu sudah dipindahkan ke sektor swasta. Penyelidikan klinikal sudah dijalankan untuk memenuhi piawaian yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) negara pada Jun. Alat itu dijangka tersedia untuk dijual pada suku ketiga tahun ini," katanya.

 

Dalam pada itu, Thailand juga telah menghasilkan vaksin COVID-19 keluaran mereka sendiri dan akan didaftarkan dengan FDA Thailand tidak lama lagi.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN