Saintis Temui Varian Terbaru COVID-19, Gabungan Delta dan Omicron

Sekumpulan saintis di Cyprus mendakwa telah menemui varian terbaru COVID-19, dinamakan Deltacron.

saintis temui varian terbaru covid-19, gabungan delta dan omicron

Menurut Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis berkata Deltracron yang merupakan gabungan varian Delta dan Omicron telah dikesan pada 25 kes setakat ini.

 

Kostrikis berkata, pada masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta dan pihaknya mendapati ia adalah gabungan kedua-dua varian.

saintis temui varian terbaru covid-19, gabungan delta dan omicron

“Penemuan itu dinamakan ‘Deltacron’ kerana pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta,” katanya.

 

Buat masa ini, saintis masih mengkaji sama ada varian itu lebih mudah berjangkit berbanding varian sedia ada atau seabaliknya.

 

Sumber: [1], [2]