99.9% Hidupan Bakal Musnah, Saintis Ramal Bumi Diambang Kehancuran

Sekumpulan saintis dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memberi amaran bahawa 99.9% kehidupan berpotensi untuk musnah dan Bumi juga diambang kehancuran.

99.9% hidupan bakal musnah, saintis ramal bumi diambang kehancuran

Ia selepas kebimbangan tentang amaran perubahan iklim yang mendorong suhu laut menjadi semakin meningkat saban tahun.

 

Memetik laporan dari Futurism, saintis menyatakan kebimbangan mereka terhadap nasib Bumi yang akan menjadi seperti zaman dinosaur, yang mana kepupusan hidupan bumi sebelum ini disebabkan kesan asteroid gergasi. Cuma bezanya, kepupusan besar-besaran di masa akan datang ini datangnya dari kesilapan manusia sendiri.

 

Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, aktiviti manusia boleh menyebabkan gangguan kitaran karbon global lalu mencetuskan malapetaka ekologi selama 10,000 tahun. Kajian itu turut meramalkan Bumi akan hancur pada akhir abad ini.

 

Kajian itu turut menyatakan Bumi mungkin berada dalam tempoh ‘gelap’ pada tahun 2100, kesan daripada pelepasan gas rumah hijau buatan manusia yang menyebabkan lautan menjadi terlalu berasid dan tidak mesra kepada banyak spesis hidupan di Bumi ini.

99.9% hidupan bakal musnah, saintis ramal bumi diambang kehancuran

“Apa yang kita lihat hari ini adalah sangat serius; namun, saya tidak tahu berapa banyak masa yang diperlukan untuk membawa kita ke titik kritis yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” kata ahli geofizik MIT, Profesor Daniel Rothman.

 

Bagaimanapun ramalan itu boleh disangkal jika manusia boleh mencari jalan untuk mengurangkan tahap karbon dioksida dalam atmosfera serta tidak mencemarkan alam sekitar.

 

Sumber: [1]