Saintis Kaji Perbezaan Genetik Baru Dalam Pesakit COVID-19 Yang Teruk

Saintis menemui 16 varian genetik baru pada individu yang menghidapi gejala teruk COVID-19 dalam satu kajian terbaru.

saintis kaji perbezaan genetik baru dalam pesakit covid-19 yang teruk

Kajian itu berupaya membantu penyelidik untuk membangunkan rawatan bagi pesakit COVID-19 bergejala teruk.

Keputusan menunjukkan pesakit COVID-19 bergejala teruk mempunyai genetik yang menyebabkan mereka terdedah kepada satu daripada dua masalah.

Antaranya kegagalan untuk menghadkan keupayaan virus membuat salinan dirinya sendiri atau keradangan yang berlebihan dan pembekuan darah.

Kajian tersebut diterbitkan dalam Jurnal Nature dan boleh membantu mengutamakan kemungkinan rawatan yang dapat melawan penyakit itu serta meramalkan pesakit mana yang mungkin mendapat gejala teruk.

Menurut perunding perubatan Penjagaan Kritikal Universiti Edinburgh dan penulis kajian terbabit, Kenneth Baillie, kemungkinan pada masa depan, pihaknya berupaya untuk membuat ramalan tentang pesakit berdasarkan genom mereka bagi penjagaan kritikal.

Penemuan baru ini berupaya membantu membimbing saintis dalam mencari ubat sedia ada yang mungkin berguna untuk merawat COVID-19.

Misalnya, penyelidik mendapati perubahan dalam genetik utama yang mengawal protein yang terlibat dalam membentuk bekuan darah.

Jelasnya, pembekuan darah tergolong antara penyebab utama pesakit yang menghidap COVID-19 mengalami kekurangan oksigen.

Justeru, ia berpotensi untuk disasarkan untuk menghalang pembekuan itu daripada terbentuk.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN