Hebat! Saintis Temui Galaksi Berusia 13.5 Bilion Tahun Lalu

Selepas siri imej pertama didedahkan kepada umum, Teleskop Angkasa James Webb kini mendedahkan penemuan sebuah galaksi yang wujud sejak 13.5 bilion tahun lalu.

 

Galaksi yang dikenali sebagai GLASS-z13 itu merekodkan sejarah 300 juta tahun selepas peristiwa Big Bang, yang menjadi teori kepada titik permulaan kejadian alam semesta.

hebat! saintis temui galaksi berusia 13.5 bilion tahun lalu

Menurut saintis dari Pusat Astrofizik Harvard, Rohan Naidu berkata, penemuan terbaru itu dianggarkan 100 juta tahun lebih awal daripada apa yang diketahui sebelum ini.

 

Teori penemuan galaksi atau planet di angkasa adalah dengan menggunakan cahaya. Semakin jauh objek dari kita, semakin lama tempoh cahaya objek itu untuk sampai kepada kita. Maka, apabila mencerap sebuah galaksi di alam semesta, bermaksud kita melihat kepada sejarah yang lama.

hebat! saintis temui galaksi berusia 13.5 bilion tahun lalu

Meskipun begitu, tidak diketahui usia sebenar galaksi GLASS-z13 kerana ia mungkin terbentuk pada bila-bila masa dalam tempoh 300 juta tahun terawal.

 

GLASS-z13 kelihatan seperti satu tompok merah dengan warna putih pada bahagian tengahnya.

hebat! saintis temui galaksi berusia 13.5 bilion tahun lalu

Sumber: [1]