Saintis Temui Cara Baru Ukur Tahap COVID-19, Lebih Tepat

Sekumpulan saintis dari University of Queensland telah menemui cara baharu untuk mengesan tahap kesihatan pesakit COVID-19 iaitu dengan melalui kecergasan sel.

saintis temui cara baru ukur tahap covid-19, lebih tepat

Menurut mereka, dengan mengukur tahap kegerasan sel, ia mampu memberi kesan besar dalam mengenal pasti dan perlindungan terhadap mereka yang berisiko diserang virus itu.

 

“Kami menemui pesakit mengalami kecederaan paru-paru yang serius mempunyai tahap tinggi penanda bio pada saluran pernafasan serta kematian sel,” kata penulis dari Diamantina Institute UQ, Arutha Kulasinghe.

 

Kajian dilakukan terhadap 283 pesakit berusia 20 tahun ke 82 tahun, dengan hasil dapatan menunjukkan penanda sel terbukti meningkat pada individu lebih tua dan mereka yang mempunyai komorbiditi seperti kegemukan serta gangguan fungsi imun.

 

“Lebih penting lagi, kami turut mendapati kecergasan sel penanda ini mengatasi kaedah konvensional seperti usia, keradangan atau penyakit sedia ada bagi meramal tahap kesihatan.

“Ini akan memudahkan keputusan bagi rawatan hospital dan menganggarkan risiko kematian pesakit COVID-19,” kata Kulasinghe lagi.

saintis temui cara baru ukur tahap covid-19, lebih tepat

Pengkaji juga mendakwa dengan kaedah ini, pasukan perubatan dapat mengenal pasti pesakit yang mengalami gejala teruk dan seterusnya melakukan pemantauan dan rawatan rapi mengikut kepada tahap jangkitan.

 

Bagaimanapun menurutnya, penyelidikan perlu dilakukan dengan lebih meluas sebelum ia diperkenalkan kepada umum.

 

Kajian itu telah diterbitkan jurnal EMBO Molecular Medicine.

saintis temui cara baru ukur tahap covid-19, lebih tepat

Sumber: [1]