Saintis Jepun Cipta Topeng Yang Bercahaya Bawah Sinaran UV Sekiranya Pengguna Dijangkiti COVID-19

Pasukan saintis Jepun telah mencipta prototaip untuk penapis topeng muka yang bersinar di bahawa cahaya ultraungu (UV) dan mendedahkan kesan virus COVID-19 jika pemakainya dijangkiti.

saintis jepun cipta topeng yang bercahaya bawah sinaran uv sekiranya pengguna dijangkiti covid-19

Menurut para saintis dari Universiti Kyoto Prefectural, topeng yang mereka buat mengandungi penapis tambahan dalam lapisannya.

Apabila dikeluarkan dan disembur dengan pewarna pendarfluor yang mengandungi antibodi, penapis tersebut akan bersinar apabila diletakkan di bahawa cahaya UV jika kes virus COVID-19 dikesan.

Menurut kenyataan akhbar daripada universiti, pasukan itu membangunkan kaedah ini dengan suntikan bentuk tidak aktif virus COVID-19 ke dalam burung unta betina pada mulanya.

Dari situ, mereka berusaha untuk mengekstrak antibodi protein yang dihasilkan oleh sistem imunisasi sebagai tindak balas kepada bakteria dan virus daripada telur burung unta betina tersebut sebelum memasukkan antibodinya ke dalam semburan pendarflour.

Satu demonstrasi cara semburan antibodi ditambah dengan penapis topeng menunjukkan kesan COVID-19 apabila dipegang di bawah cahaya UV.

Penyelidik di Jepun berkata mereka telah mencipta penapis topeng dan semburan antibodi yang boleh mengesan COVID-19 dengan cepat selain mempunyai kesan virus COVID menyala apabila ia dipegang di bawah cahaya ultraviolet.

Sebagai tambahan, penyelidik Yasuhiro Tsukamoto berkata dia menjalankan eksperimen itu dengan 32 pesakit COVID-19 dalam tempoh 10 hari.

Pasukannya mendapati topeng yang dipakai oleh 32 penguji itu bersinar terang dan menunjukkan kesan virus COVID-19 selepas disembur dengan semburan antibodi dan disimpan di bahawa cahaya UV.

Pasukan Tsukamoto juga menyatakan bahawa cahaya itu pudar dari masa ke masa apabila pesakit pulih yang mana kesan virus mereka semakin berkurangan.

Tsukamoto berhasrat untuk mencuba topeng itu kepada 150 peserta dalam ujian pusingan seterusnya dan berharap akan mendapat lampu hijau daripada kerajaan Jepun untuk menjual topeng tersebut pada 2022.

 

Sumber: [1]