Saintis China Berjaya Cipta Teknologi Laser Imej, Boleh Tengok Jelas ‘Sasaran’ Di Angkasa

Sekumpulan saintis tentera China berkata mereka telah mencapai satu kejayaan dalam teknologi pengimejan laser yang akan membolehkan stesen bumi untuk mengenal pasti dan menjejaki sasaran di angkasa dengan ketepatan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

saintis china berjaya cipta teknologi laser imej, boleh tengok jelas ‘sasaran’ di angkasa

Hasil menunjukkan bahawa radar yang dibangunkan oleh Profesor Han Fei di Universiti Teknologi Pertahanan Nasional di wilayah Anhui itu boleh mengambil imeh objek sebesar ibu jari di orbit berhampiran Bumi dengan resolusi hingga 3 millimeter (0.1 inci).

Ketepatan ini adalah dua urutan magnitud lebih tinggi daripada hasil terbaik yang dicapai oleh peranti serupa di Amerika Syarikat dan negara Brat lain, menurut penyelidik.

saintis china berjaya cipta teknologi laser imej, boleh tengok jelas ‘sasaran’ di angkasa

Teknologi tersebut juga berupaya membantu membimbing pancaran laser untuk membuang cebisan kecil serpihan angkasa lepas yang mengancam satelit dan kapal angkasa.

“Resolusi peringkat sentimeter atau bahkan milimeter untuk pengimejan objek angkasa dalam julat 100km (62 batu) boleh dicapai pada masa hadapan dengan prestasi yang jauh lebih baik daripada yang apa yang dicapai oleh teknologi pengimejan optik atau radar tradisional,” kata para penyelidik.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN