Saintis Bimbang, Dunia Dijangka Lebih Panas Membara Tahun 2028 Banding Sekarang

Seorang saintis meluahkan kebimbangan selepas meramalkan suhu Bumi akan terus meningkat menjelang tahun 2028.

saintis bimbang, dunia dijangka lebih panas membara tahun 2028 banding sekarang

Beliau berkata, suhu global akan terus meningkat menjadi lebih kerap dan berterusan sehingga keseluruhan pelepasan gas rumah hijau dihentikan.

 

Ketika ini, suhu panas dan cuaca tidak menentu terjadi kesan daripada tempias El Nino yang berlaku pada Jun setiap tahun.

 

Menurut Times, apabila puncak El Nino tercetus, suhu permukaan laut akan menjadi 2 darjah Celsius lebih panas, berdasarkan unjuran pada tahun 2024 hingga 2025. Situasi ini disifatkan penyelidik sebagai bahaya semula jadi yang paling menakutkan dunia.

saintis bimbang, dunia dijangka lebih panas membara tahun 2028 banding sekarang

Malah, baru-baru ini negara seperti India, Bangladesh, Thailand dan Laos pernah merekodkan suhu mencecah sehingga 45 darjah Celsius. Lebih dahsyat lagi, sekurangnya 98 orang maut di India kesan daripada gelombang haba yang berlaku ini.

saintis bimbang, dunia dijangka lebih panas membara tahun 2028 banding sekarang

Sementara itu di Malaysia, lima negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan pernah mencatatkan 35 hingga 37 darjah Celcius pada pertengahan Mei lalu, hingga mengakibatkan strok haba.

 

Fenomena El Nino ini dijangka akan terus berlanjutan hingga akhir tahun ini dan pada awal bulan pertama tahun 2024.

 

Sumber: SinarPlus