Saintis Beri Amaran Varian COVID-19 Lebih ‘Aneh’ Akan Datang

Kewujudan pelbagai varian COVID-19 ketika ini adalah satu permulaan kepada versi ‘super mutant’ yang tidak diketahui pada masa akan datang, ujar pakar.

saintis beri amaran varian covid-19 lebih ‘aneh’ akan datang

Varian yang wujud masa kini dilihat mampu beradaptasi dengan persekitaran, cepat merebak dan juga mampu melawan imuniti.

 

Menurut profesor klinikal mikrobiologi dari Universiti Cambridge, Prof Ravi Gupta, varian baharu itu nanti mampu melakukan banyak perkara ‘aneh’ diluar jangkaan pengkaji.

saintis beri amaran varian covid-19 lebih ‘aneh’ akan datang

Virus mempunyai sifat suka beradaptasi dengan persekitaran baharu, meskipun masyarakat sudah membina imuniti mereka sendiri. Malah, wujud juga risiko lebih ramai yang akan mati, dakwa Prof Gupta dalam satu kenyataan.

 

“Virus akan cuba melakukan perkara aneh. Buat masa ini, ia adalah satu permulaan. Saya merasakan varian ini akan bergabung sesama mereka dan terhasil virus dengan varian super mutant”, kata Prof Gupta yang juga ahli penasihat saintifik Nervtag.

 

Penggabungan semula adalah proses biasa bagi virus apabila dua varian bergabung bersama untuk menghasilkan varian hibrid, dan ia penting bagi virus untuk terus berkembang.

saintis beri amaran varian covid-19 lebih ‘aneh’ akan datang

Prof Rupta berkata: "Meskipun begitu, ia tidak semestinya perkara yang teruk, virus akan tetap melakukan perkara yang sangat tidak dijangka kerana jumlah tekanan terhadapnya meningkat, jadi ia akan menyesuaikan diri.

"Sukar untuk mengatakan apa yang akan terjadi, tetapi virus akan mencari cara untuk menjadi lebih menular.

"Anda sudah dapat melihatnya kini, ketika berada dalam tekanan, ia akan berusaha dan lebih efisien dalam jangkitan sehingga dapat mencapai sasaran meskipun dengan zarah virus yang lebih sedikit."

 

Antara usaha bagi mengekang penularan virus ini adalah dengan mengambil vaksin seterusnya membentuk immuniti berkelompok.

 

Sumber: The Sun