Saintis Beri Amaran Berlaku Banjir Besar Dunia 2030 Akibat Gegaran Di Bulan

Satu kajian oleh sekumpulan saintis dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) meramalkan berlaku banjir besar dikebanyakkan kawasan di bumi disebabkan gegaran kecil yang berlaku di bulan dan orbitnya.

 

Penyelidikan yang diketuai oleh agensi angkasa AS itu meramalkan bandar-bandar di sepanjang pesisir negara itu akan mengalami lebih banyak kejadian banjir pasang setiap tahun selama satu dekad.

 

Secara asasnya, graviti yang dihasilkan bulan mengawal impak ombak laut di Bumi.

saintis beri amaran berlaku banjir besar dunia 2030 akibat gegaran di bulan

Kajian itu menunjukkan wujud gegaran pada orbit bulan yang berlaku setiap 18.6 tahun kitaran, menyebabkan juga berlaku perubahan kecil lokasinya yang mengelilingi bumi.

 

Sejak daripada tahun 1880, purata paras air laut dilihat terus meningkat antara 8 hingga 9 inci.

 

Disebabkan gegaran pada bulan dan peningkatan paras air laut inilah, maka mereka meramalkan banjir besar boleh berlaku menjelang tahun 2030.

 

Sumber: NASA

 

ARTIKEL BERKAITAN