Saintis AS Cipta Virus ‘Super-COVID’ Yang Bunuh 80 Peratus Tikus Makmal

Ketika dunia masih lagi mencari solusi dan punca kepada virus COVID-19, sebuah makmal di Amerika Syarikat dituduh sengaja ‘bermain dengan api’ apabila dilaporkan mencipta virus yang disebut sebagai ‘Super COVID’.

saintis as cipta virus ‘super-covid’ yang bunuh 80 peratus tikus makmal

Virus itu adalah gabungan varian Omicron dan yang asli dari Wuhan, membentuk strain baharu super-covid.

 

Virus ciptaan kumpulan saintis dari Universiti Boston itu dikatakan telah juga membunuh 80 peratus tikus makmal yang diuji, menunjukkan ia adalah sangat membahayakan.

 

Bagaimanapun saintis berkata, ciptaan virus itu adalah sebagai usaha untuk menambah baik keupayaan patogen dalam menyebabkan penyakit, selain sebagai usaha untuk bersiap sedia pada masa hadapan.

 

Penyelidikan itu turut disokong ahli kimia dari Universiti Rutgers, Dr. Richard Ebright yang menyifatkan ia adalah perlu bagi meningkatkan kawalan pandemik di masa hadapan.

 

Penghasilan virus itu nyata membuatkan ramai berasa bimbang sekiranya ia terdedah kepada orang ramai secara tidak sengaja.

 

Sumber: Kosmo!