‘Apa Menarik Tentang Malaysia?’ Sahut Cabaran Anugerah Podcast SYOK Untuk Berpeluang Memenangi RM1,000!

Kalau anda dapat soalan “Apa Yang Menarik Tentang Malaysia?” mesti akan ada banyak idea mula menyelami dalam fikiran kan? Macam soalan karangan SPM la pula!

Sejujurnya, ada banyak perkara menarik yang boleh disuarakan tentang Malaysia, betul tak?

‘apa menarik tentang malaysia?’ sahut cabaran anugerah podcast syok untuk berpeluang memenangi rm1,000!

Jadi itulah yang kami mahukan daripada anda! Buat pertama kalinya, SYOK Podcast adakan Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka yang bertemakan “Apa Yang Menarik Tentang Malaysia”. Bukan itu sahaja, anda juga ada peluang untuk memenangi RM1000 serta piala istimewa!

‘apa menarik tentang malaysia?’ sahut cabaran anugerah podcast syok untuk berpeluang memenangi rm1,000!

Menarik kan! Jadi kalau anda berminat untuk menyertai peraduan podcast ini, mudah sahaja! Rakamkan satu audio podcast mengenai apa jua topik berkenaan dengan tema yang telah ditetapkan dan hantarkan kepada kami di laman web peraduan SYOK ataupun di aplikasi SYOK!

Jika podcast anda mendapat jumlah pendengar tertinggi, anda akan dinobatkan sebagai JUARA! Penyertaan bermula 16 Ogos 2021 sehingga 5 September 2021! Jadi tunggu apa lagi? Sahut cabaran ini!

Pastikan anda baca Terma dan Syarat yang ada di laman web terlebih dahulu! 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)