Betul Ke Safiq Rahim Akan Kembali Semula Ke JDT?

Betul ke khabar angin ni? Sebab rasanya macam terlalu mengejut. 

Menurut laporan akhbar, perkara ini mula dibincangkan selepas maklumat permohonan perpindahan Safiq Rahim ke JDT tersebar di media sosial. 

Namun, permohonan tersebut masih dalam proses sebab perlu menunggu respons daripada Melaka United.

betul ke safiq rahim akan kembali semula ke jdt?

Kita semua tahu yang Safiq pernah beraksi dengan JDT sebelum ini dan memenangi banyak trofi.

Sejak menyertai skuad Harimau Selatan pada 2013, Safiq telah memenangi 5 trofi Liga Super berturut-turut sehingga 2018.

Bekas kapten JDT itu juga pernah menjulang trofi Piala FA pada 2016, Piala Malaysia pada 2017 dan Piala Sumbangsih pada 2015, 2016 dan 2018.

betul ke safiq rahim akan kembali semula ke jdt?

Siapa boleh lupa kejayaan JDT menjulang trofi Piala AFC 2015 kan? Safiq merupakan antara tonggak utama pasukan JDT ketika itu. Pencapaian peringkat antarabangsa kita tak payah cerita la kan? Semua tahu sumbangan Safiq kepada negara terutamanya pada temasya Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010.

Jadi, wajar ke JDT mendapatkan semula khidmat Safiq ni?

betul ke safiq rahim akan kembali semula ke jdt?

Bekas kapten skuad Harimau Malaya itu bakal berusia 34 tahun Julai depan. Tak dinafikan, pengalaman yang dimiliki Safiq amat luas. Namun adakah ianya relevan dengan keperluan JDT?

JDT juga memiliki ramai pemain tengah yang berkaliber antaranya Afiq Fazail, Gary Steven Robat, Syameer Kutty Abba, Daniel Amier dan Nazmi Faiz. Belum kira Natxo Insa, Hariss Harun, Liridon Krasniqi dan Syahrian Abimanyu. Adakah Safiq akan mendapat tempat secara automatik? Rasanya kena bersaing kalau nak main kesebelasan utama ni. 

betul ke safiq rahim akan kembali semula ke jdt?

Ataupun kembalinya semula Safiq ni sebagai cara JDT mengucapkan terima kasih kepada semua sumbangan Safiq? Sebab selain Safiq, antara nama yang disebut-sebut akan ke JDT ialah bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Entah lah. Sama-sama lah kita tunggu nanti macam mana kesudahan dia.

 

Oleh: Karami Kamel