COVID-19 Pun Belum Habis, Rusia Dah Kesan Virus H5N8 Jangkiti Manusia

Virus COVID-19 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Ia mula dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

covid-19 pun belum habis, rusia dah kesan virus h5n8 jangkiti manusia

Sehingga artikel ini ditulis, seramai 117,732,717 individu dijangkiti COVID-19 dari seluruh dunia, dengan kes maut mencecah 2.6 juta.


 
Ketika dunia sedang bergelut dengan COVID-19, negara Rusia mengesan virus selesema burung daripada strain H5N8.

covid-19 pun belum habis, rusia dah kesan virus h5n8 jangkiti manusia
 
H5N8 ini pertama kali dikesan telah menjangkiti manusia dan kini diserahkan kepada WHO untuk siasatan lanjut.


Menurut laporan, seramai tujuh orang telah dikenal pasti dijangkiti selesema burung ini dan tidak mengalami sebarang simptom.
 
Ketika penghujung tahun 2020, virus ini dikesan menyebabkan kematian beribu ekor ayam hingga pihak kerajaan mengarahkan siasatan dibuat terhadap kes tersebut.

covid-19 pun belum habis, rusia dah kesan virus h5n8 jangkiti manusia
 
Sekumpulan saintis juga telah melakukan isolasi strain virus H5N8 ini dan 7 daripadanya terjejas dan dijangkiti dengan virus tersebut. Dipercayai mereka dijangkiti virus itu dari ladang tempat mereka bekerja.

covid-19 pun belum habis, rusia dah kesan virus h5n8 jangkiti manusia
 
Selesema burung merupakan jangkitan virus yang merebak dari satu burung ke burung yang lain, dan lazimnya ia berasal dari strain H5N1 dan H7N9.
 
Tambah lagi, virus yang dikesan sebagai H5N8 ini juga berbahaya kepada burung dan ia sukar menular dalam kalangan manusia. Namun apabila ia mula merebak kepada manusia, virus ini boleh membawa maut.

 
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri bagi menghalang penularan wabak ini. Ingat, sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun dan elakkan daripada kawasan sesak.
 

Sumber: Hello Doktor
 
 
 
 

ARTIKEL BERKAITAN