Seekor rusa telah tersesat dan memasukan sebuah kedai serbaneka di pusat percutian Rockies di Fort Collins, Colorado.
Penjaga kedai tersebut sangat terkejut apabila menerima tetamu yang tak diundang itu. Ketika dia sedang bekerja, tiba-tiba je ada seekor rusa liar muncul di depan pintu kedai.
Tapi apa yang lawaknya, boleh pula rusa ni masuk ke kedai tu dan berlagak seperti seorang pelanggan. Dia berjalan dari rak ke rak seolah-olah sedang survey barang apa nak beli.
Menurut penjaga kedai tersebut, dia ketawa terbahak-bahak apabila rusa tersebut melihat cermin mata hitam dan kerepek.
Sumber: Bored Panda