Runner Kena Block Di WhatsApp Lepas Hantar Barang Tapi Duit Tak Bayar Lagi

runner kena block di whatsapp lepas hantar barang tapi duit tak bayar lagi

Memandangkan pihak berkuasa telah melaksanakan pelabagai tatacara sewaktu PKPB ni, ramai yang memilih menggunakan perkhidmatan runner untuk membeli barang. Dengan cara tu, tak ada lah nak kena beratur panjang di kedai dan sebagainya.

Namun, semenjak kebelakangan ni banyak kes yang melibatkan runner. Sebelum ni ada yang dah order tapi tak nak ambil. Tak kurang juga yang melayan runner atau rider tanpa rasa hormat.

Terbaru, seorang runner yang dikenali sebagai Hairul Nizam telah meluahkan dan berkongsi pengalamannya menjadi seorang runne melalui facebook group Cheras & Ampang Food Delivery. Tapi, kejadian yang beliau alami ni lagi menyedihkan.  

Alkisahnya bermula apabila ada seorang pelanggan menghubungi untuk menggunakan perkhidmatannya. Pelanggan tersebut memesan barang basah seperti dua ekor ayam dan juga barang kering seperti bawang, buttercup dan telur.

Hairul mengambil keputusan untuk membuat pembelian di kedai runcit. Bagaimanapun, terdapat beberapa barang yang tidak ada pada kedai tersebut. Jadi, demi tidak menghampakan perminataan pelanggan dia pergi ke kedai lain untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Selepas selesai pembelian Hairul membuat penghantaran kepada pelanggannya. Pada awalnya, pelanggan tersebut menyatakan dia telah cuba melakukan transaksi pembayaran. Namun, pembayaran tersebut gagal kerana keadaan line internet yang tidak mengizinkan.

Mungkin Hairul faham akan keadaan pelanggan tersebut dan dia membiarkan sahaja. Selepas beberapa jam membuat penghantaran, Hairul menghubungi pelanggan tersebut kerana mahu bertanyakan tentang pembayaran.

Tak sempat nak taip soalan, namun pesanan yang dihantar melalui WhatsApp hanya menunjukkan satu tick sahaja. Maka, Hairul beranggapan bahawa pelanggan tersebut telah menyekatnya daripada aplikasi WhatsApp tersebut.

Uish, orang macam tu pun ada eh? Tak baik tau menganiyai orang lain. Mungkin kita rasa terlepas hari ini, tapi hari esok, lusa dan hari-hari akan datang, tak mustahil kita pula akan dibalas.

 

Posted by Hairul Nizam on Friday, May 15, 2020

Sumber: Posting Hairul Nizam Di Facebook Page Cheras Dan Ampang Food Delivery