Bintang Bollywood Shah Rukh Khan membuat penampilan istimewa kepada ratusan peminat yang berkumpul di luar kediamannya di Mumbai bersempena Hari Raya pada minggu lalu.
Shah Rukh Khan, juga dikenali sebagai SRK, sering melambai kepada para peminat dari balkoni kediaman miliknya setiap kali Hari Raya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 56 tahun itu berhenti berbuat demikian sejak dua tahun lalu akibat wabak COVID-19.
Berikutan sekatan perhimpunan ditarik balik di Mumbai, lautan orang ramai muncul di kediaman SRK yang digelar Mannat, dengan harapan untuk melihat bintang itu sepintas lalu.
Kemunculan SRK kali ternyata bukan sahaja menggembirakan ramai peminat kerana beliau bukan sahaja melambai mereka, namun juga sempat berswafoto dari atas balkoni kediamannya bersama orang ramai.
SRK kemudian menyiarkan gambar-gambar itu di media sosial beserta kapsyen, “Sungguh menggembirakan bertemu anda semua pada hari raya. Semoga Allah memberkati anda dengan cinta, kebahagiaan dan semoga yang terbaik dari masa lalu anda akan menjadi lebih baik di masa depan. Selamat Hari Raya!”
Dalam pada itu, pengurusnya Pooja Dadlani turut berkongsi video di Instagram yang merakam kelibat ribuan peminat SRK yang bersorak kepada bintang itu.
The Hindustan Times juga melaporkan bahawa kelibat orang ramai yang berada di situ telah mengganggu lalu lintas di kawasan terbabit.
Sumber: [1]