Rumah Sewa Murah Untuk Golongan Rentan

Ramai yang hilang kerja dan terjejas pendapatan disebabkan pandemik COVID-19 ni. Keadaan dan ujian yang bertalu-talu dan panjang ni diakui membawa pula kepada tekanan mental. Tapi ibarat pelangi selepas hujan, nampaknya ada sinar bila kerajaan baru-baru ini mengumumkan Malaysia dijangka akan masuk fasa endemik bulan depan. Rasa separa lega. Insya-Allah.

Baiklah, baru-baru ni juga Perdana Menteri ada sebut pasal Keluarga Malaysia kan? Jadi ya, kerajaan sememangnya prihatin dengan cabaran ekonomi dan kewangan yang dihadapi golongan rentan. Sebab tu kerajaan akan sediakan kediaman untuk golongan ni pada kadar sewa paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun! Berita baik sangat ni! Difahamkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan buat pengumuman lanjut pasal inisiatif bantuan kediaman ini, Isnin nanti.

rumah sewa murah untuk golongan rentan

Lagi satu, KPKT juga akan meneruskan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK 2.0). Program ni bagi tumpuan kat penghuni PPR dan peniaga kecil di 6 negeri yang kadar vaksinasinya rendah iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

 

Oleh: KJ

Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian, BERNAMA, Kosmo, Utusan & internet 

ARTIKEL BERKAITAN