Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dikatakan sedang memerlukan sedikit masa untuk memastikan dirinya dan keluarga dapat diterima secara meriah di “rumah baharu” mereka.
Kepindahan Ronaldo ke Arab Saudi baru-baru ini telah menjadikan dirinya sebagai seorang jutawan yang hebat dan tinggal di rumah seumpama seorang raja. Menurut laporan, kediamannya itu memberikannya pemandangan terbaik ibu kota dalam persekitaran paling mewah di Riyadh.
Bekas bintang Manchester United itu telah menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Al-Nassr dengan pakej bernilai lebih £400 juta (RM2.12 bilion).

Dia kini menginap di Kingdom Tower, salah sebuah bangunan tertinggi di negara itu dan ditempatkan di sebuah suite terbaik yang boleh ditawarkan oleh Riyadh.
Ronaldo ditempatkan di dalam suite bersaiz sangat besar selama sebulan dan Suite Kingdom salah satu yang terbaik di bangunan 99 tingkat itu.
Anggaran bil hotel Ronaldo adalah akan melebihi £250,000 (RM1,328,101) apabila dia mendaftar keluar dan menemui sebuah rumah tetap untuk pasangannya, Georgina Rodríguez dan lima anak mereka.
Sumber: Kosmo