Insiden banjir yang melanda negeri di Pantai Timur baru-baru ini mempunyai satu kisah yang cukup menarik untuk dikongsikan.
Sebuah kitab Al-Quran dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat meskipun rumah dilanda banjir lumpur yang sangat deras hingga menerbalikan mesin basuh serta tong gas.
Demikian yang berlaku kepada seorang penduduk di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu, Zumigawati Mat Adam yang berkata, rumahnya telah dinaiki air baru-baru ini sebelum beliau mendapati Al-Quran yang diletakkan atas ‘toto’ langsung tidak terjejas.
Menurut beliau, setiap kali selepas solat, beliau akan membaca Al-Quran itu dan meletakkan ia di atas toto. Namun banjir yang melanda rumahnya baru-baru ini telah menyebabkan hampir keseluruhan rumah ditenggelami air lumpur, namun ia tidak sedikitpun menjejaskan Al-Quran tersebut.
Malah katanya lagi, dia juga terkejut apabila mendapati terdapat labah-labah pada rehal yang meletakkan Al-Quran itu.
"Keadaan rumah saya penuh lumpur dan berselut. Kalau tengok bahagian dalam al-Quran hanya basah sikit tapi macam terkena air bersih.
"Bahagian atas al-Quran pula bersih dan sedikit lumpur pun tak ada, kemudian, ada labah-labah kecil betul-betul atas atas rehal. Saya teringat kisah labah-labah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW ketika dalam Gua Hira," katanya.
Perkongsian Zumigawati di Facebook ini mendapat perhatian ramai yang turut bersama memuji kebesaran Allah SWT.
Sumber: Facebook / HMetro