Rumah Dalam Filem The Conjuring Kini Dijual RM5.03 Juta, Berminat?

Pernahkah anda menonton filem seram pada tahun 2013, berjudul The Conjuring?

 

Kini rumah ladang yang digunakan untuk pembikinan filem berkenaan akan dijual pada harga AS$1.2 juta, atau kira-kira RM5.03 juta.

rumah dalam filem the conjuring kini dijual rm5.03 juta, berminat?

Menurut laporan, agensi hartanah, Mott & Chace Sothebu’s International Realty telah mengiklankan penjualan rumah 14 bilik dengan keluasan 290 meter persegi di Burriville pada 23 September yang lalu.

rumah dalam filem the conjuring kini dijual rm5.03 juta, berminat?

Rumah berkenaan mendapat jolokan rumah berhantu paling terkenal di AS, turut didakwa mempunyai ‘penghuni’ iaitu kewujudan roh Bathsheba Sherman, iaitu penghuni terawal di tapak kediaman terbabit sekitar tahun 1800-an.

 

“Sehingga kini banyak kejadian dilapor berlaku. Kisah mengerikan, insiden dan kenangan pelawat hartanah ini yang pernah dilapor media termasuk dalam buku, filem dan program televisyen," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

rumah dalam filem the conjuring kini dijual rm5.03 juta, berminat?

Pemilik semasa rumah itu turut meletakkan syarat kepada pembeli atau pemilik baharu rumah berkenaan iaitu meneruskan aktiviti pelancongan yang dilakukan kerana tempahan untuk lawatan serta aktiviti paranormal disitu sudah pun dibuat sehingga tahun hadapan.

 

Menurut pemilik semasa, pelaburan mereka terhadap kediaman berkenaan nyata berjaya menghasilkan cabang perniagaan dan mendapatkan keuntungan.

 

Jadi, adakah anda berminat untuk membeli rumah ini?

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN