Roslan Aziz Hidap Kanser, Diberitahu Doktor Jangka Hayat Hanya Tinggal 6 Bulan

Individu yang pernah mencetus revolusi muzik tanah air, Roslan Aziz akur dengan suratan takdir apabila kini menjadi penghidap kanser limfoma atau kanser darah.

roslan aziz hidap kanser, diberitahu doktor jangka hayat hanya tinggal 6 bulan

Dalam tempoh yang terlalu singkat, barah yang dihidapi Roslan itu dikatakan telah melepasi tahap empat.

Sungguh, ia merupakan sesuatu yang tidak pernah terlintas akan terjadi padanya, kongsi penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor itu.

Beliau mula mengadu sakit perut yang agak berat sehingga akhirnya memutuskan untuk berjumpa dengan doktor sekitar awal November tahun lalu.

Bagaimanapun, melihat keadaannya yang tidak bermaya, Roslan disarankan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).

“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.

“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” kongsi Roslan menerusi wawancaranya bersama Astro AWANI.

Bagaimanapun, di sebalik kesukaran itu, Roslan tetapi melihat segala yang terjadi sebagai kebesaran Allah yang menghadirkan hikmah besar.

“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya.

“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan…keluarga dan kawan sangat penting.

“Saya sangat bersyukur kerana ada semua itu termasuk ayah yang berusia 83 tahun juga masih ada dan kami tinggal di rumah yang sama…inilah hikmah yang saya tidak sedar ada ada di depan mata,” tambahnya.

“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir.

“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan.

“Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak,” luah Roslan sambil merenung wajah isterinya, Sopphilea Hamid yang setia menemaninya sepanjang wawancara berkenaan berlangsung.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN