Peminat Teruja Bila Rosé BLACKPINK Keluar Solo Mac Ini

Masa yang dinanti-nanti ramai peminat Rosé BLACKPINK kini hampir tiba!

peminat teruja bila rosé blackpink keluar solo mac ini

Menerusi sosial media YG Entertainment yang menaungi kumpulan K-Pop masyhur itu, album debut Rosé didedahkan bakal menemui ramai pada 12 March 2021.

peminat teruja bila rosé blackpink keluar solo mac ini

Biarpun begitu, nama album dan senarai lagu yang bakal dimuatkan masih belum diketahui lantas menjadikan ramai peminat berteka-teki mengenai hasil karya muzik solo pertama Rosé itu.


Debut solo ahli kumpulan BLACKPINK yang berusia 24 tahun itu pertama kali diumumkan oleh YG Entertainment kepada orang ramai pada Disember 2020 sebelum agensi terbabit mengesahkan karya solonya itu bakal mengandungi beberapa buah lagu sekali gus menjadikannya sebuah album.

peminat teruja bila rosé blackpink keluar solo mac ini

Agensi tersebut turut berkongsi bahawa album solo Rosé bakal menampilkan sisi yang berbeza berbanding muzik BLACKPINK dan sesi penggambaran untuk video muzik lagu judul album solonya itu sudah pun selesai dijalani pada pertengahan Januari.


Pada Januari 2021 juga, YG Entertainment telah melancarkan treler video muzik pertama Rosé yang diberi nama “Gone”.

Menerusi konsert maya BLACKPINK iaitu BLACKPINK: THE SHOW yang berlangsung pada 31 Januari lalu, Rosé juga buat julung kalinya mempersembahkan lagu “Gone”.

Tahun lalu, kumpulan K-Pop masyhur BLACKPINK melancarkan album studio pertama mereka yang dikeluarkan pada Oktober 2020.
 



Sumber: Style Caster