Ronaldo Pemain Bola Sepak Paling Berpengaruh?

ronaldo pemain bola sepak paling berpengaruh?

Cristiano Ronaldo cipta sensasi apabila bakal sertai semula kelab lamanya Manchester United. United telah capai persetujuan dengan Juventus dengan harga 19.4 juta pound untuk dapatkan khidmat Ronaldo. Perpindahan tersebut dijangka akan disahkan dalam masa terdekat. Ronaldo terlebih dahulu perlu melepasi ujian kesihatan.

ronaldo pemain bola sepak paling berpengaruh?

Berita perpindahan ini memberi impak yang besar kepada Manchester United dan juga Cristiano Ronaldo. Walaupun secara teknikalnya perpindahan ini belum lengkap, Ronaldo telah pun membantu Manchester United. Sejak berita ini diumumkan kelab tersebut, saham United naik 8%. Akaun Instagram United juga mendapat lebih 1 juta followers baru ekoran berita tersebut.

ronaldo pemain bola sepak paling berpengaruh?

Selain merupakan antara pemain terbaik dunia, Ronaldo juga memiliki pengaruh yang agak kuat di media sosial. Pemenang Anugerah Balon d’Or 5 kali itu miliki 334 juta followers di Instagram dan hampir 94 juta followers di Twitter. Disebabkan dia mempunyai followers yang ramai, tak hairan lah saham sebuah syarikat air berkarbonat terkemuka dunia jatuh sebelum ini hanya kerana Ronaldo enggan minum minuman tersebut pada sidang media EURO 2020.

ronaldo pemain bola sepak paling berpengaruh?

Ronaldo telah menjulang lebih 30 trofi utama sepanjang kariernya termasuk 5 gelaran Liga Juara-Juara bersama Real Madrid. Ketika menyarung jersi Juventus, Ronaldo membantu kelab Serie A itu menjulang 5 trofi termasuk 2 kejuaraan liga. Antara 2003 hingga 2009, Ronaldo juga membantu Manchester United meraih 3 gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA, League Cup dan satu trofi Liga Juara-Juara pada 2008. Ronaldo juga telah jaringkan 118 gol untuk United dalam 292 perlawanan dalam semua kejohanan.

ronaldo pemain bola sepak paling berpengaruh?

Biarpun Ronaldo telah banyak membantu United di luar padang, mampukah dia membantu pasukan itu di atas padang? Ronaldo juga mungkin bukan berada pada prestasi terbaiknya. Berusia 36 tahun, Ronaldo sudah menghampiri penghujung kariernya. Persoalan utamanya sekarang ialah adakah dia mampu untuk bantu pasukan itu menjulang trofi musim ini. Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Old Trafford masih belum meraih sebarang trofi.

 

Oleh: Karami Kamel