RM3.5 Juta Hadiah Percuma & Tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ Di ‘Go Shop 7th Birthday Live Party’!

Go Shop melancarkan sambutan Hari Jadi ke-7 selama sebulan, bermula dengan ‘7th Birthday Live Party’ di mana pelanggan berpeluang untuk menikmati pelbagai hadiah istimewa percuma bernilai RM3.5 juta, dan mendapatkan tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ serta banyak lagi diskaun menarik pada kadar yang cukup hebat!

rm3.5 juta hadiah percuma & tawaran ‘beli 1 percuma 1’ di ‘go shop 7th birthday live party’!

Jangan lepaskan peluang untuk menonton secara langsung sambutan Hari Jadi ke-7 Go Shop ini terutamanya buat mereka yang menginginkan tawaran harga dan diskaun terhebat untuk pelbagai produk menarik.

Sambutan membeli-belah yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan turut diraikan dengan penampilan khas selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Dato Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.

Barisan selebriti ini bersama hos-hos TV Go Shop kesayangan ramai akan memperkenalkan tawaran terhebat produk-produk peralatan rumah termasuklah perkakasan dapur dan makan, fesyen, kecantikan, dan banyak lagi produk menarik yang lain. 

Pelanggan boleh nikmati tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ dan Hadiah Percuma Eksklusif dari produk-produk yang ditawarkan seperti periuk tekanan tinggi, penggoreng udara serba guna, juicer perlahan elektrik, set alat memasak, peralatan kecergasan, set beg tangan dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton ‘Go Shop 7th Birthday Live Party’ pada 30 dan 31 Oktober ini pada jam 9 pagi - 1 petang di Astro Saluran 118.

Pelanggan juga boleh menonton secara langsung di MYTV CH120 atau strim di aplikasi Go Shop.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton dan layari laman sesawang atau aplikasi Go Shop untuk menikmati pebagai tawaran menarik lagi eksklusif ini, hanya di ‘Go Shop 7th Birthday Live Party’! 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop hari ini!