RM2,208 Ditetapkan Sebagai Had Pendapatan Garis Kemiskinan Nasional

rm2,208 ditetapkan sebagai had pendapatan garis kemiskinan nasional

Baru-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan data terkini tentang Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional. Had PGK telah meningkat daripada RM980 sebulan pada 2016 kepada RM2,208 sebulan untuk tahun ini.

Berdasarkan  Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, nilai baru itu diperoleh apabila kerajaan mengjaki semula cara pengiraan yang telah diguna pakai semenjak tahun 2005.

Menurut beliau juga, kajian ini dijalankan oleh Unit Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, dan beberapa kementerian serta agensi yang berkaitan. Kajin ini memakan masa setahun lebih iaitu bermula Mac 2019 sehingga Jun 2020.

“Hasil daripada kajian semula yang dijalankan, metodologi penetapan PGK telah ditambahbaik dalam tiga aspek,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat lalu.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN