Rizky Febian Disiasat Polis, Disyaki Terima RM1.2 Juta Duit Haram

Penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan berkaitan penerimaan bayaran pembelian produk miliknya yang dipercayai hasil daripada duit judi atas talian.

rizky febian disiasat polis, disyaki terima rm1.2 juta duit haram

Lapor media tempatan, Rizky dipercayai menerima bayaran sebanyak Rp400 juta (RM1.2 juta) daripada usahawan jutawan Doni Salmanan yang merupakan transaksi jual beli produk minuman milik Rizky pada September 2021.

Rizky yang juga anak kepada pelawak Indonesia, Sule dilaporkan media tempatan telah hadir di bangunan Bareskrim Polri, Jakarta Selatan pada Rabu lalu.

Sementara itu, Doni yang juga digelar sebagai “Crazy Rich Bandung” telah ditahan pihak polis kerana disyaki menjalankan bisnes haram iaitu judi online yang menggunakan platform Quotex.

Selepas menjalani sesi soal siasat, peguam Rizky, Ahmad Ramzey memberitahu media bahawa penyanyi berusia 24 tahun itu mula mengenali Doni sejak September 2021.

Rizky yang menjalani sesi soal siasat selama empat jam mengaku bayaran dari hasil minuman yang diterima daripada Doni, sebahagiannya didermakan sementara separuh lagi diberi kepada yayasan yang memerlukan.

“Ya kan pemberitaannya sudah tahu ya. Kalau itu (duit) saya lakukan untuk derma, untuk yayasan saat itu juga,” kata Rizky.

Sebelum ini, Rizky pernah berkongsi menerusi akaun sosial mengenai keterujaannya kerana jualan minumannya dibida oleh jutawan tersebut hingga mencecah harga RM1.2 juta.

“Saya masih gementar. Ini sangat tidak diduga-duga buat minuman, begitu ramai yang taruh harga tinggi sampai harga tertinggi di 400,000,000 (RM1.2 juta) @dodisalmanan,” tulis Rizky.

Selain Rizky, beberapa selebriti di negara itu turut pernah menerima hadiah atau wang daripada Dong yang dipercayai menipu dan menjalankan bisnes haram itu.

Ia termasuk Atta Halilintar yang pernah menerima sebuah tas tangan jenama Christian Dior dan pasangan Lesti Kejora dan Rizky Billar yang menerima wang sumbangan ketika perkahwinan mereka.

 

Sumber: [1]