Makin Jadi Trend, Awas Risiko Keracunan Bila Makan Tiram Mentah

Sejak akhir-akhir ini, trend memakan tiram mentah atau ‘raw oysters’ semakin menjadi pilihan ramai.

makin jadi trend, awas risiko keracunan bila makan tiram mentah

Disebabkan wujud permintaan yang tinggi, ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menjual hidangan ini dengan harga sangat murah, tanpa menitikberatkan soal kebersihan makanan tersebut.

 

Tahukah anda, terdapat satu bakteria yang memang wujud pada tiram dan kerang disebut sebagai bakteria vibrio parahaemolyticus.

makin jadi trend, awas risiko keracunan bila makan tiram mentah

Bakteria ini yang juga banyak berada di sekitar pantai akan berganda banyak apabila berada pada suhu bilik. Penyediaan tiram mentah yang tidak dilakukan dengan sempurna pada suhu bilik akan meningkatkan bilangan bakteria ini seterusnya menyebabkan mereka yang memakannya akan mengalami keracunan.

 

Antara simptom keracunan vibriosis adalah seperti cirit-birit, demam, sakit perut dan juga muntah.

makin jadi trend, awas risiko keracunan bila makan tiram mentah

Menurut rekod, kira-kira 80 ribu orang di Amerika Syarikat mengalami keracunan vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian dicatatkan.

 

Justeru, elakkan daripada memakan tiram mentah atau tiram yang tidak dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan keracunan makanan.

 

Sumber: Public Health Malaysia