Ramai Berbaris Nak Rasa Nasi Kandar Pertama Di Tokyo, Jepun!

Keunikkan nasi kandar di negara ini pasti membuatkan ramai peminatnya terbayang-bayang akan rasa yang enak dan lazat masakan itu.

ramai berbaris nak rasa nasi kandar pertama di tokyo, jepun!

Ia bukan sahaja berjaya menarik perhatian warga Malaysia, malah membuatkan pengunjung luar negara jatuh cinta dengan rasa nasi kandar.

 

Disebabkan itu, sebuah restoran nasi kandar telah dibuka secara rasmi di Tokyo, Jepun dengan pilihan kari dan lauk-pauk seperti telur rebus, ayam goreng, udang goreng, sotong, kambing, dan banyak lagi sama seperti di Malaysia.

ramai berbaris nak rasa nasi kandar pertama di tokyo, jepun!

Dikenali dengan nama “Zero Two Nasi Kandar Tokyo”, ia telah dibuka sejak Januari lalu sebagai restoran nasi kandar pertama di Jepun.

 

Bagi mengekalkan cita rasa nasi kandar atau Tateda, ia turut dihidangkan dalam daun pisang serta pinggan plastik berwarna terang, seperti mana ia biasa disajikan di Malaysia. Malah, hiasan restoran juga saling tak tumpah bagaikan di Malaysia, pastinya membuatkan warga tempatan yang berada di sana merindui kampung halaman.

ramai berbaris nak rasa nasi kandar pertama di tokyo, jepun!

 

 

Mendapat sambutan yang cukup luar biasa, makanan yang dijual di restoran ini sering kali habis sebelum tamat waktu perniagaan.

 

“Terima kasih kerana kerana datang ke restoran kami, makanan habis terjual hari ini!

"Kami minta maaf kepada pelanggan yang merancang untuk datang. Kami tidak sabar untuk berjumpa anda lagi,” tulis mereka di laman Instagram.

ramai berbaris nak rasa nasi kandar pertama di tokyo, jepun!

ramai berbaris nak rasa nasi kandar pertama di tokyo, jepun!

Sumber: [1], [2]