Resipi Sihat Pancake Matcha, Sesuai Untuk Diet

Seperti yang kita tahu, pankek adalah satu makanan yang mudah dan sesuai di makan terutamanya pada waktu pagi. Tapi, untuk orang yang sedang nak menjaga makan semestinya anda takkan makan pankek kan? Sebab kandungan gula dalam pankek sangat tinggi! 

resipi sihat pancake matcha, sesuai untuk diet

Haa, sekarang anda tidak perlu risau dah sebab Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsi sebuah resipi untuk membuat pankek matcha atau teh hijau khas untuk anda yang nak berdiet. 

“Tak guna tepung putih. Tapi guna rolled oats. Elok untuk yang jaga berat. Bantu kenyang lebih lama. Kaya beta-glucan-bantu turunkan kolesterol dan gula dalam darah”, 

Bahan-bahan:

  • Susu segar

  • Madu

  • Ekstrak vanila

  • Rolled oats

  • Serbuk teh hijau

  • Telur

  • Serbuk penaik

  • Sedikit garam bukit

  • Minyak zaitun extra virgin (sapu pada kuali)

 

Cara-cara pun mudah sahaja: 

1. Campur semua bahan basah kecuali minyak zaitun dalam pengisar. Kisar.

2. Kemudian, masukan bahan kering dan kisar lagi sekali.

3. Pastikan adunan lembut. Biarkan adunan seketika.

4. Panaskan kuali leper guna api sederhana. Sapu sedikit minyak zaitun.

5. Cedok adunan guna senduk. Tuang dan biarkan setiap sisi selama 1-2 minit.

6. Terbalikkan dan angkat bila dah tukar warna perang.

 

Senang je kan? Anak-anak pun mesti suka, kalau nak khasiat lebih anda boleh tambah sayuran-sayuran hijau dan buah-buahan. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook @DrRizalAbuBakar