Senang Rupanya Nak Masak Ayam Goreng Tomyam Pedas Ni, Guna Pes Je

Sempena dengan sambutan Aidilfitri ini, pasti ramai yang akan mengadakan rumah terbuka dan menerima kunjungan para tetamu.

 

Jika anda inginkan kelainan dalam menu untuk dihidangkan kepada tetamu, apa kata anda cuba hidangan Ayam Goreng Tomyam Pedas ini.

senang rupanya nak masak ayam goreng tomyam pedas ni, guna pes je

Menu asal oleh Nurul Ateekah ini sangat mudah dihidangkan dan cara memasaknya juga tidaklah sukar.

 

RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS

Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)

5 sudu besar cili kisar

1@2 paket perencah tomyam

8 batang cili padi merah

8 batang cili padi hijau

1 batang serai (dihiris serong)

4 helai daun limau purut

1 biji tomato (dibelah 6)

1 labu bawang besar (dipotong bulat)

5 ulas bawang putih(dihiris)

2 cm lengkuas (dipotong)

Lobak merah(tambahan)

½ cawan air

2 sudu besar SOS tiram

2 sudu besar SOS ikan

Serbuk perasa (jika perlu)

Garam Dan gula (jika perlu)

senang rupanya nak masak ayam goreng tomyam pedas ni, guna pes je

CARA MEMASAK

1) Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit Dan garam pada ayam Dan goreng sehingga masak.

2) Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)

3) Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.

4) Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.

5) Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, SOS tiram, SOS ikan Dan tambahkan garam Dan serbuk perasa(JIKA PERLU) serta Gaul rata.

6) Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam Yang telah digoreng Dan air ½ cawan..biarkan ianya merenih sebentar Dan sedikit kering..

7) Angkat dan siap dihidang.

senang rupanya nak masak ayam goreng tomyam pedas ni, guna pes je

Selamat mencuba!

 

Sumber: Nurul Ateekah