Resepi Roti Pisang Rangup Viral, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

Dah bosan dengan sarapan pagi roti dengan jem? Haa, apa kata anda cuba resepi yang viral ni pula. Roti pisang rangup! Memang sedap dan senang je nak buat, boleh la buat makan untuk sarapan atau bawa bekal ke tempat kerja atau sekolah. 

resepi roti pisang rangup viral, cuba sekali mesti nak lagi

Untuk ibu-ibu pula, resepi roti pisang rangup ni mesti akan disukai oleh anak-anak sebab rasanya yang manis dan ranggup. Setiap hari boleh makan. 

Cara nak membuat resepi ni mudah je, boleh guna airfryer dalam 5-10 minit sahaja. Mudah senang dan cepat. 

Mesti anda tak sabar nak tahu cara dia kan? Okay jom kita tengok resepi Roti Pisang Rangup di bawah. 

resepi roti pisang rangup viral, cuba sekali mesti nak lagi

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia keping

  • Pisang masak

  • Majerin

  • Kuning telur

  • Gula perang – kalau takde, boleh letak gula putih tapi jangan banyak sangat.

  • Cheddar Cheese 

Cara-cara: 

  1. Sapu marjerin atas roti.

  2. Susun pisang mengikut kreativiti anda sendiri.

  3. Sapu lagu marjerin dan kemudian sapukan pula kuning telur.

  4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.

  5. Bakar menggunakan Air Fryer dengan suhu 180 C selama 5-7 minit

  6. Siap untuk dimakan.

 

Sumber: Facebook @Nizam Ali