Dah lebih setahun kita belajar untuk sesuaikan diri dengan norma baru, PKP dan SOP Covid-19.
Sejak pandemik melanda, kenduri kahwin, ziarah hari raya dan termasuklah majlis hari jadi dah tak boleh disambut seperti biasa.
Ada SOP yang perlu dipatuhi lebih-lebih lagi kes harian Covid-19 yang mencanak naik sekarang ni.
Tapi masih ada yang degil, sengaja langgar peraturan yang dah ditetapkan.
Terbaru, sekumpulan remaja dikompaun gara-gara rentas negeri dari Gemas, Negeri Sembilan ke Melaka untuk sambut hari lahir rakan.
Kononnya nak surprise kawan, tak pasal-pasal melayang RM5,000 seorang!
Satu lagi kes hampir sama di Sarawak, 10 lelaki dikompaun sebab jemput rakan meraikan hari jadi di rumahnya.
Slumber je lepak kat tempat letak kereta sambil makan dan minum tanpa penjarakan sosial.
Tak pasal-pasal kena denda RM1,500 seorang.
Dalam situasi sekarang, ramai yang terjejas pendapatan, lagi sedih ada yang tak cukup duit pun nak beli makanan.
Sepatutnya kita muhasabah diri, jangan langgar SOP dan kalau ada rezeki lebih, sama-sama bantu golongan yang memerlukan.
Sabar, bila Covid-19 ni reda, kita dapat kembali kepada kehidupan normal sebelum wujudnya pandemik ni.
Jom, sama-sama kita usahakan, patuh SOP, dan dapatkan vaksinasi segera!
Oleh: Izzati Amir