Remaja Perempuan Cacat Kekal Lepas Didenda Buat Squat 150 Kali

Seorang remaja perempuan di China dilaporkan mengalami kecacatan kecal selepas dipaksa melakukan 150 kali squat sebagai denda ketika disekolah.

remaja perempuan cacat kekal lepas didenda buat squat 150 kali

Remaja yang berusia 14 tahun itu dilaporkan telah keluar secara senyap-senyap dari asramanya di Xianshi Vocational Senior High School dekat daerah Sichuan, China. Namun beliau telah ditahan atas tindakan itu lalu dikenakan denda.

 

Menurut ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Zhou, kejadian itu berlaku pada 10 Jun lalu.

 

Ketika kejadian, guru berkenaan memaksa pelajar itu melakukan squat sebanyak 150 kali meskipun beliau ketika itu mengadu sakit pada kaki.

remaja perempuan cacat kekal lepas didenda buat squat 150 kali

Selepas kejadian, pelajar perempuan itu kemudiannya mendapatkan rawatan di beberapa hospital, namun doktor mengesahkan beliau tidak lagi mampu berjalan dengan baik kerana mengalami cacat kekal, dan terpaksa menggunakan tongkat sebagai sokongan.

 

Lebih malang, remaja itu trauma dengan insiden yang berlaku dan terpaksa mengambil ubat-ubatan kerana depresi teruk.

 

Pihak sekolah pantas mengambil keputusan menyingkirkan guru dan staf yang terlibat dalam insiden terbabit dan diberi arahan untuk menyiasat lanjut perkara yang berlaku ini.

 

Pihak sekolah juga diberi amaran untuk membayar denda sebanyak RM72 ribu sebagai pampasan kepada pelajar terbabit. Insiden ini adalah kali kedua seumpanya berlaku di China.

 

Sumber: [1]