Remaja Cuba Tikam Pemandu E-Hailing Di Kedah Kini Ditahan Polis

Seorang remaja berusia 13 tahun yang cuba menikam pemandu e-hailing semalam kini berada dalam tahanan polis.

remaja cuba tikam pemandu e-hailing di kedah kini ditahan polis

Menerusi rakaman yang tular, remaja itu bertindak diluar kawalan dengan mengacu pisau di dada kiri pemandu kenderaan berusia 65 tahun gara-gara tidak berpuas hati dibebel ketika mengambil semula wang tambang.

 

Bagaimanapun pemandu e-hailing tersebut sempat merampas pisau serta mengigit tangan remaja berkenaan untuk mempertahankan diri dan suspek kemudian melarikan diri.

 

Menurut laporan, pemandu terbabit menerima pesanan penumpang pada jam 5.43 petang di Lorong Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.

 

Sewaktu dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang itu meminta meminjam wang sebanyak RM50 untuk membayar sewa rumah.

remaja cuba tikam pemandu e-hailing di kedah kini ditahan polis

Bagaimanapun, pemandu berkenaan memberitahu dia terpaksa menurunkan penumpang itu jika dia tiada wang, sebelum remaja berkenaan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang.

 

Namun setibanya di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran sebanyak RM18 dan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.

 

Pemandu e-hailing itu kemudian terpaksa menurunkan penumpang itu dilokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan RM9 dan penumpang itu memberikan wang RM20.

 

Menerusi video tular, pengadu kemudian membebel selepas remaja berkenaan memintanya untuk berhenti berulang kali di beberapa destinasi walaupun tidak mahu turun.

remaja cuba tikam pemandu e-hailing di kedah kini ditahan polis

“Saya pakai kereta cari duit, bukan ini macam. Saya bukan you punya bapak. Aiya lu ini olang, panas hati you bikin saya.

“Lu itu budak main-main ya. Saya cakap lu jangan main-main,” kata pengadu kepada remaja berkenaan sebelum dia bertindak luar kawalan mengacukan pisau ke dada kiri mangsa.

Remaja berkenaan yang melarikan diri akhirnya berjaya ditahan pada jam 10 malam, iaitu dua jam selepas laporan polis dibuat.

 

Hasil saringan awal juga mendapati, remaja itu bebas daripada pengaruh dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

 

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan remaja itu direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.

 

Sumber: Sinar Harian / Astro AWANI