Red Devils Kembali Berbisa?

red devils kembali berbisa?

Lama betul penyokong Manchester United terpaksa berpura-pura tak tengok EPL. Lebih-lebih lagi masa The Red Devils kalah 1-2 kepada Brighton dan 0-4 kepada Brentford pada 2 perlawanan pertama liga.

 

red devils kembali berbisa?
 

Perlawanan ketiga United dijadual berdepan Liverpool di Old Trafford. Ramai penyokong United dah mula kemas barang untuk check in ke gua. Ye lah, sebelum perlawanan tu United tak pernah menang dalam 8 perlawanan liga berdepan Liverpool. Semua gua di Malaysia waktu tu dah fully booked! Kesian jugak kepada penyokong Selangor masa tu. Eh?

 

red devils kembali berbisa?

 

Tapi lain pula jadinya! United berjaya kalahkan Liverpool 2-1! Walaupun menang, ramai jugak penyokong United yang cakap menang nasib. Penyokong Liverpool ni kita jangan usik sangat. Penat nak layan pedang 6 kali UCL dia tu.

 

Kemenangan ke atas Liverpool tu mungkin memberi suntikan semangat kepada pemain United. Sebab lepas tu mereka menang 1-0 ke atas Southampton dan Leicester. Memang la kedua-dua pasukan ni tak kuat mana, tapi keistimewaan United sejak beberapa musim kebelakangan ini ialah memberi kemenangan kepada pasukan macam Southampton dengan Leicester ni la.

 

red devils kembali berbisa?

 

Ujian besar United selepas Liverpool ialah berdepan pendahulu liga yang menang kesemua 5 perlawanan awal mereka iaitu Arsenal. Fuh, golongan yang trust the process Arteta ini boleh tahan juga kembali bernyawa. Lama jugak mereka membisu seribu bahasa ketika Alexandre Lacazette dan Pierre Emerick Aubameyang jadi striker diorang. Tapi Arsenal musim ni memang nampak solid dengan kehadiran Gabriel Jesus. Pemain muda mereka seperti Odegaard dan Saka mula menunjukkan kematangan dalam corak permainan mereka.

 

red devils kembali berbisa?

 

Ketika ramai yang jangkakan perlawanan ini berkesudahan seri, anak buah ten Hag ada perancangan lain. Tanpa diduga mereka membenam Arsenal 3-1 di Old Trafford. Lebur terus rekod kemenangan 100% Arsenal. United pun berjaya meraih kemenangan ke-4 berturut-turut. Bila last United menang 4 perlawanan berturut-turut? Korang Google lah. Takkan semuanya nak bersuap.

 

red devils kembali berbisa?

Kita terus ke persoalan utama. Betul ke United kembali ‘menyetan’? Adakah prestasi United ini akan kekal hingga ke penghujung? Mampukah mereka kembali menjadi pencabar meraih gelaran liga? Sebab diorang ni asik main Europa League je. Maknanya nak dapat top 4 punya lah susah! Nama je juara liga 20 kali. Hmm. Ataupun prestasi mereka sekarang ni hanyalah tempoh ‘bulan madu’ untuk ten Hag? Seperti mana yang dilalui pengurus-pengurus sebelum ni?

Oleh: Karami Kamel